menu

5 Tips Penting Untuk Pembeli Rumah


Kali ini teringin untuk menulis post mengenai beberapa tips penting untuk pembeli rumah, khususnya bagi mereka yang ingin beli rumah buat kali pertama. Memiliki sebuah rumah merupakan impian bagi semua. Setiap kali berbual dengan kawan-kawan, ramai yang kata melabur dalam perumahan tidak akan rugi. Tetapi sebagai seorang agen hartanah, saya selalu tidak akan setuju dengan kenyataan  tersebut. Dalam pengalaman saya ramai yang berjaya melipat gandakan nilai hartanah mereka, tetapi masih ada segelintir kecil gagal dalam usaha pelaburan ini. Jadi bagi mengelakkan perkara yang sedemikian, saja nak berkongsi sedikit maklumat dan tips semasa membuat keputusan membeli rumah.


1. Tetapkan matlamat pembelian
Perlu mempunyai matlamat yang jelas sebelum membuat keputusan untuk membeli sesebuah rumah sama ada rumah tersebut akan diduduki olehnya atau ahli keluarganya ataupun untuk tujuan pelaburan seperti penyewaan / homestay dan sebagainya.
Keputusan ini penting kerana lokasi dan nilai harta yang ingin dilabur mungkin akan berbeza. Contohnya, bagi tujuan pelaburan semestinya mencari lokasi yang akan menjadi tumpuan penyewa. Melabur harta yang jauh dari akses orang ramai tidak akan menguntungkan. Manakala sekiranya ingin membeli rumah untuk tujuan duduk sendiri, pemilihan akan lebih kepada citarasa pembeli dan kesenangan aktiviti harian pembeli.

2. Kelayakan Pinjaman
Walaupun semua ingin memiliki rumah, tetapi kita mesti menilai kelayakan kita di bumi yang nyata. Dalam pengalaman saya, memilih sesuatu harta yang melebihi kelayakan merupakan faktor utama seseorang gagal dalam pelaburan hartanah / perumahan. Maaf sekiranya terguris, tetapi itu adalah kebenaran. Saya melihat ramai golongan muda, ingin memiliki rumah yang luar dari kemampuan mereka.

Kita mesti / wajib mengetahui apa kelayakan kita dalam urusan pinjaman perumahan sebelum mulakan pencarian rumah idaman kita. Banyak aplikasi online dan bank-bank juga menawarkan khidmat nasihat mengenai perkara ini. Cuba ambil kira faktor-faktor seperti berikut semasa mengira kelayakan untuk buat pinjaman: Gaji, pinjaman sedia ada (pinjaman kereta, peribadi, perumahan dan lain-lain), komitmen lain seperti simpanan, insurans dan perbelanjaan harian.

3. Penilaian harta
Dalam proses pembelian rumah, kita perlu pastikan nilai harta yang kita berminat untuk membeli. Pembeli tidak akan menghadapi masalah bagi pembelian rumah baru kerana harga nilai perumahan tersebut biasanya telah ditetapkan dan sama untuk sesuatu projek pembangunan. Tetapi bagi pembelian rumah second hand, pembeli perlu pastikan nilai rumah tersebut berpatutatan tidak jauh beza dengan nilai penjual kenakan pada kita. Ada juga penjual mengenakan bayaran jauh lebih beza daripada nilai pasaran. Nilai pasaran adalah penting untuk diambil tahu kerana bank hanya akan menentukan kelayakan pinjaman berdasarkan pada nilai pasaran.

Sekiranya penjual tetapkan harga rumah yang kita hendak beli sebanyak RM500,000.00 dan nilai harta yang bank tetapkan juga adalah RM 500,000.00, pada kebiasanya bank akan meluluskan 90% pinjaman daripada nilai tersebut iaitu RM450,000.00. Maka pembeli perlu membayar bayaran perbezaan (different payment)
4.  Simpanan untuk Bayaran Berbezaan
Seterusnya kita kena pastikan sama ada kita mempunyai simpanan yang secukupnya untuk membayar bayaran berbezaan (harga rumah - jumlah pinjaman bank yang diluluskan) Kebiasaannya bank hanya meluluskan pinjaman sebanyak 90% daripada harga rumah tertakluk kepada kelayakan. Baki 10% daripada nilai rumah tersebut perlu dibayar oleh pembeli. Pastikan anda mempunyai sumber kewangan yang secukupnya sebelum membuat bayaran tempahan (booking payment) kerana saya pernah melihat banyak pembeli membuat booking payment tetapi gagal untuk menjelaskan baki bayaran tersebut dan akhirnya gagal dalam urusan pembelian rumah. Ada beberapa pemaju juga tidak akan memulangkan booking payment atau mengenakan penalti semasa memulangkan booking payment sekiranya membatalkan tempahan rumah.
Kalau masih perlukan nasihat mengenai hal ini, saya sedia bantu. Tinggalkan soalan anda di ruang komen.

5. Kos-Kos Lain
Dalam urusan pembelian rumah, perlu pastikan juga kita mempunyai tambahan 3%-7% wang simpanan untuk membayar kos-kos lain seperti kos guaman dan cukai jual beli. Kegagalan untuk mengambil kira perkara ini juga akan menyukarkan urusan pembelian.
Ada beberapa pemaju perumahan menanggung kos ini dan pembeli tidak perlu bayar, tetapi bukan satu syarat bagi pemaju untuk menanggung bayaran ini.
Tips penting: semua bayaran (kecuali booking payment) perlu melalui syarikat guaman yang ditetapkan. Seboleh-bolehnya jangan buat bayaran terus kepada pemaju bagi bayaran berbezaan 10% yang saya terangkan di atas. Bayar bayaran tersebut melalui peguam anda dan pastikan terima resit daripada peguam anda untuk bayaran tersebut.

Sekiranya perlukan bantuan / penjelasan lebih atau ada komen yang membina, mohon tinggalkan komen anda di bawah. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment