Kali ini
teringin untuk menulis post mengenai beberapa tips penting untuk pembeli rumah,
khususnya bagi mereka yang ingin beli rumah buat kali pertama. Memiliki sebuah
rumah merupakan impian bagi semua. Setiap kali berbual dengan kawan-kawan,
ramai yang kata melabur dalam perumahan tidak akan rugi. Tetapi sebagai seorang
agen hartanah, saya selalu tidak akan setuju dengan kenyataan tersebut. Dalam pengalaman saya ramai yang
berjaya melipat gandakan nilai hartanah mereka, tetapi masih ada segelintir
kecil gagal dalam usaha pelaburan ini. Jadi bagi mengelakkan perkara yang
sedemikian, saja nak berkongsi sedikit maklumat dan tips semasa membuat
keputusan membeli rumah.
Perlu
mempunyai matlamat yang jelas sebelum membuat keputusan untuk membeli sesebuah
rumah sama ada rumah tersebut akan diduduki olehnya atau ahli keluarganya
ataupun untuk tujuan pelaburan seperti penyewaan / homestay dan sebagainya.
Keputusan
ini penting kerana lokasi dan nilai harta yang ingin dilabur mungkin akan
berbeza. Contohnya, bagi tujuan pelaburan semestinya mencari lokasi yang akan
menjadi tumpuan penyewa. Melabur harta yang jauh dari akses orang ramai tidak
akan menguntungkan. Manakala sekiranya ingin membeli rumah untuk tujuan duduk sendiri, pemilihan akan lebih kepada citarasa pembeli dan kesenangan
aktiviti harian pembeli.
2. Kelayakan Pinjaman
Walaupun
semua ingin memiliki rumah, tetapi kita mesti menilai kelayakan kita di bumi
yang nyata. Dalam pengalaman saya, memilih sesuatu harta yang melebihi
kelayakan merupakan faktor utama seseorang gagal dalam pelaburan hartanah /
perumahan. Maaf sekiranya terguris, tetapi itu adalah kebenaran. Saya melihat
ramai golongan muda, ingin memiliki rumah yang luar dari kemampuan mereka.
Kita mesti /
wajib mengetahui apa kelayakan kita dalam urusan pinjaman perumahan sebelum
mulakan pencarian rumah idaman kita. Banyak aplikasi online dan bank-bank juga
menawarkan khidmat nasihat mengenai perkara ini. Cuba ambil kira faktor-faktor
seperti berikut semasa mengira kelayakan untuk buat pinjaman: Gaji, pinjaman
sedia ada (pinjaman kereta, peribadi, perumahan dan lain-lain), komitmen lain
seperti simpanan, insurans dan perbelanjaan harian.
3. Penilaian harta
Dalam proses
pembelian rumah, kita perlu pastikan nilai harta yang kita berminat untuk membeli.
Pembeli tidak akan menghadapi masalah bagi pembelian rumah baru kerana harga
nilai perumahan tersebut biasanya telah ditetapkan dan sama untuk sesuatu
projek pembangunan. Tetapi bagi pembelian rumah second hand, pembeli perlu
pastikan nilai rumah tersebut berpatutatan tidak jauh beza dengan nilai penjual
kenakan pada kita. Ada juga penjual mengenakan bayaran jauh lebih beza daripada
nilai pasaran. Nilai pasaran adalah penting untuk diambil tahu kerana bank hanya
akan menentukan kelayakan pinjaman berdasarkan pada nilai pasaran.
Sekiranya penjual tetapkan harga rumah yang kita hendak beli sebanyak RM500,000.00 dan nilai harta yang bank tetapkan juga adalah RM 500,000.00, pada kebiasanya bank akan meluluskan 90% pinjaman daripada nilai tersebut iaitu RM450,000.00. Maka pembeli perlu membayar bayaran perbezaan (different payment)
4. Simpanan untuk Bayaran Berbezaan
Seterusnya
kita kena pastikan sama ada kita mempunyai simpanan yang secukupnya untuk
membayar bayaran berbezaan (harga rumah - jumlah pinjaman bank yang
diluluskan) Kebiasaannya bank hanya meluluskan pinjaman sebanyak 90% daripada
harga rumah tertakluk kepada kelayakan. Baki 10% daripada nilai rumah tersebut
perlu dibayar oleh pembeli. Pastikan anda mempunyai sumber kewangan yang
secukupnya sebelum membuat bayaran tempahan (booking payment) kerana saya
pernah melihat banyak pembeli membuat booking payment tetapi gagal untuk
menjelaskan baki bayaran tersebut dan akhirnya gagal dalam urusan pembelian
rumah. Ada beberapa pemaju juga tidak akan memulangkan booking payment atau
mengenakan penalti semasa memulangkan booking payment sekiranya membatalkan
tempahan rumah.
Kalau masih
perlukan nasihat mengenai hal ini, saya sedia bantu. Tinggalkan soalan anda di
ruang komen.
5. Kos-Kos Lain
Dalam urusan
pembelian rumah, perlu pastikan juga kita mempunyai tambahan 3%-7% wang simpanan
untuk membayar kos-kos lain seperti kos guaman dan cukai jual beli. Kegagalan
untuk mengambil kira perkara ini juga akan menyukarkan urusan pembelian.
Ada beberapa
pemaju perumahan menanggung kos ini dan pembeli tidak perlu bayar, tetapi
bukan satu syarat bagi pemaju untuk menanggung bayaran ini.
Tips
penting: semua bayaran (kecuali booking payment) perlu melalui syarikat guaman
yang ditetapkan. Seboleh-bolehnya jangan buat bayaran terus kepada pemaju bagi
bayaran berbezaan 10% yang saya terangkan di atas. Bayar bayaran tersebut
melalui peguam anda dan pastikan terima resit daripada peguam anda untuk
bayaran tersebut.









